Ikuti Kami:

Update Drama Korea Terkini, Ini 4 Drama Viu Original Wajib Masuk Dalam List Binge-Watch Korang!

Update Drama Korea Terkini, Ini 4 Drama Viu Original Wajib Masuk Dalam List Binge-Watch Korang!

Siapa dekat sini selalu tertinggal drama Korea terkini? Bukan apa, kadang-kadang dah masuk dalam list, tapi tiada masa yang sesuai untuk tengok sampailah terlupa terus drama-drama tersebut. 

Untuk korang yang terlepas, jom kami update 4 drama Viu Original Korea terkini yang menjanjikan lebih banyak plot mengujakan. Paling penting, ada gandingan pelakon yang luar dari jangkaan korang!

Bakal Jadi Hit Terbaru, The Escape of the Seven Garapan Pengarah Sama Dengan Penthouse!

K Drama Latest

Kalau korang suka tengok drama Penthouse atau An Empress Dignity, kami yakin korang mesti akan suka drama terbaru, The Escape of the Seven sebab drama-drama ini mendapat sentuhan pengarah yang sama iaitu Joo Dong-Min. 

Untuk pengetahuan, drama The Escape of the Seven ini mengisahkan tentang persamaan yang dimiliki oleh 7 individu. 

Mereka adalah seorang maestro kepada sebuah platform mobile, CEO kepada sebuah produksi drama, bekas gangster, calon Idol, seorang doktor OBGYN, CEO hiburan, dan guru seni dari sebuah sekolah.

Ketujuh-tujuh mereka ini semuanya terlibat dalam sebuah kes hangat yang melibatkan kehilangan seorang gadis. Sewaktu mereka berusaha melarikan diri dan cuba untuk mengejar kebenaran, mereka mendapati diri mereka terlibat dalam kancah yang dipenuhi dengan penipuan dan keinginan dalam kisah penuh pembalasan ini.

Adakah mereka benar-benar terlibat dengan kehilangan remaja terbabit? Siapa yang berselindung di sebalik kebenaran?  Kalau korang nak tahu, korang wajib stay tuned dan tonton The Escape of the Seven di Viu

Twinkling Watermelon, Kembali Ke Zaman Silam

K Drama Latest

Siapa yang terhibur dengan lakonan Seol In Ah dalam drama popular Mr Queen dan lakonan Ryeo Un yang membintangi The Secret Romantic Guesthouse, drama Twinkling Watermelon confirm akan menghiburkan korang!

Drama Twinkling Watermelon menceritakan tentang Eun Gyeol (Ryeoun), seorang pelajar sekolah menengah yang meminati muzik dan menjadi gitaris dalam sebuah band pada waktu malam di Hongdae. 

Disebabkan terlalu mengikut perasaan ingin tahu, dia terjumpa sebuah kedai muzik pelik yang mana dia kembali ke zaman 1995 sejurus dia masuk dan bertemu Yi Chan, bapanya semasa muda.

Bersama mereka membentuk sebuah kumpulan bernama Twinkling Watermelon dan hubungan mereka menjadi semakin akrab.

Sepanjang menjadi gitaris, Eun Gyeol mendapati Yi Chan menyukai seorang gadis yang tidak mempunyai rupa seperti ibunya, membuatkan dia ingin membetulkan keadaan tersebut.  

Adakah korang rasa Eun Gyeol berjaya menyatukan bakal ibu bapanya, dan adakah dia akan kembali ke tahun sekarang? Kalau nak tahu, jom tengok Twinkling Watermelon di Viu sekarang!

Gandingan Manis Cha Eun Woo dan Park Gyu Young, Drama A Good Day To Be A Dog Menjanjikan Plot Romantis Potong Kaki!

K Drama Latest

Lakonan Cha Eun Woo bersama Park Gyu Young dalam sebuah drama genre romantis fantasi, A Good Day To Be A Dog confirm akan cairkan hati ramai peminat!

Drama ini mengisahkan tentang Hae-na, seorang guru bahasa Korea di Sekolah Menengah Gahram mempunyai satu rahsia besar yang mana dia telah disumpah kalau dia mencium seorang lelaki, dia akan berubah menjadi seekor anjing. 

Disebabkan sumpahan keturunan ini, Hae-na tidak pernah mempunyai sebarang hubungan sebab dia banyak menolak ciuman dari lelaki yang dicintai. 

Satu-satunya cara untuk dia membebaskan diri daripada sumpahan tersebut adalah dia perlu mencium orang yang sama sekali lagi semasa dia menjadi anjing dalam 100 hari dan kalau dia gagal, dia mesti menjalani sisa hidupnya menjadi seekor anjing.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam Hae-na secara tidak sengaja mencium Seo-won yang merupakan seorang guru matematik di sekolah yang sama, menyangka bahawa dia adalah Bo-gyeom yang diminatinya. 

Hae-na serta-merta panik dan terus berlegar-legar di sekeliling Seo-won cuba mencari peluang untuk bercium lagi. 

Namun, disebabkan Seo-won mempunyai ketakutan yang teruk terhadap anjing kerana trauma zaman kanak-kanaknya, dia mengelak Hae-na setiap kali dia mendekatinya. 

Adakah Hae-na berjaya mencuri perhatian Seo-won dan bertukar semula menjadi manusia seperti biasa? Jom sama-sama tonton A Good Day To Be A Dog di Viu

Drama Terbaru Lakonan Ro Woon, The Matchmakers Paling Dinantikan 

K Drama Latest

Siapa suka drama genre sejarah romantis, korang kena tengok drama The Matchmakers sebab ia menceritakan tentang bagaimana kesungguhan percintaan antara orang politik dengan kerabat diraja. 

Drama ini mengisahkan tentang Jeong Woo (Ro Woon) dan Yeo Ju Daek (Choi Yu Hyun) ditekan oleh keluarga diraja, membuatkan mereka perlu bekerjasama untuk mengahwinkan empat orang dayang tua. 

Untuk pengetahuan, Jeong Woo merupakan seorang ahli politik yang telah diberhentikan selepas berkahwin untuk menjadi putera raja dan akhirnya menjadi duda muda. 

Manakala, Yeo Ju Daek pula seorang janda muda yang menjalani kehidupan sebagai pencari jodoh dan saudagar terkemuka pada siang hari dan menantu kepada seorang menteri berpangkat tinggi pada waktu malam. 

Dengan nilai berbeza terhadap perkahwinan, adakah mereka berdua dapat menunaikan tugas mereka dengan berjaya? Kalau nak tahu, korang wajib tonton The Matchmakers di Viu

Tonton Lebih Banyak Drama Korea Terkini Di Viu!

Haa, banyak kan drama Korea yang Viu sajikan?! Kalau korang nak tengok lebih banyak drama-drama Korea terkini, jangan lupa untuk tonton di Viu. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Viu atau ikuti media sosial di Facebook, serta muat turun aplikasi Viu di App Store, Google Play dan Huawei App Gallery sekarang!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...