Ikuti Kami:

“Upah Wartawan..” – Laporan Syarikat Tersebar, Peminat Bengang Lihat Rancangan HYBE Untuk Jatuhkan Lisa BP

“Upah Wartawan..” – Laporan Syarikat Tersebar, Peminat Bengang Lihat Rancangan HYBE Untuk Jatuhkan Lisa BP

Baru-baru ini, heboh di media sosial mengenai dokumen dalaman HYBE yang tersebar, di mana syarikat itu dilihat telah menyebut tentang ramai idola.

Khususnya, terdapat satu bahagian di mana nama Lisa BLACKPINK turut dipetik dan persembahannya ketika di Crazy Horse Paris pada tahun lalu telah hangat dikritik oleh syarikat tersebut.

HYBE mendakwa,

Imejnya merudum selepas muncul di Crazy Horse Paris. Mungkin dia rasa tunjuk badan itu sendiri sebagai satu cabaran atau pemerkasaan tetapi, dia seolah-olah tidak menerima bahawa ianya terlalu naif untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada persembahan besar. Ini telah menyebabkan imej keseluruhan pasukan itu rosak dengan ketara, selepas ahli BLACKPINK juga pergi menonton rancangan itu.

Tak cukup di situ, HYBE juga nampaknya cuba untuk menjatuhkan reputasi Lisa dengan merancang untuk mengupah wartwan untuk menulis berita palsu, memandang rendah wanita itu sebagai idola dari Thailand dan pelbagai lagi.

Dengan ini, peminat menggesa agar HYBE membuat permohan maaf secara rasmi kepada Lisa dan LLOUD untuk segera mengambil tindakan undang-undang untuk mengatasi kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...