Ikuti Kami:

Universiti Di Malaysia Tular Sampai Korea, Guna Standee Tzuyu TWICE & Jungkook BTS Bagi Patuhi Penjarakan Sosial

Universiti Di Malaysia Tular Sampai Korea, Guna Standee Tzuyu TWICE & Jungkook BTS Bagi Patuhi Penjarakan Sosial

Meskipun Malaysia kini sudah mencapai keputusan yang memuaskan dalam memerangi wabak COVID-19, namun kerjasama rakyat masih diperlukan untuk memastikan ia hapus buat selama-lamanya.

Disebabkan itu semua orang diminta supaya mematuhi penjarakan sosial yang disarankan supaya mengurangkan kemungkinan untuk mendapat jangkitan virus itu daripada orang lain.

Walaupun kebanyakan institut pengajian tinggi memilih untuk melakukan pembelajaran secara atas talian tetapi terdapat sesetengah pelajar yang perlu menghadirkan diri secara fizikal ke kolej atas tuntutan subjek atau pengkhususan mereka.

sunway university guna standee kpop

Oleh sebab itu, Sunway University dengan bijaknya telah menggunakan taktik istimewa ini bagi memastikan pelajar mereka mengekalkan jarak sepanjang berada di dalam kawasan kolej. Menerusi laman Instagram rasmi mereka, Sunway University telah memuat naik gambar di dalam bilik kuliah dan juga sekitar kampus untuk menunjukkan cara mereka mematuhi penjarakan sosial.

Pihak universiti itu telah bertindak meletakkan standee banyak artis popular di seluruh dunia bagi memastikan pelajar tidak duduk dekat antara satu sama lain. Dalam kalangan selebriti popular seperti Serena Williams, Mr Bean, Malala Yousafzai, Will Smith dan Ed Sheeran, apa yang menarik perhatian ramai ialah dua bintang K-Pop iaitu Tzuyu (TWICE) dan Jung-kook (BTS).

sunway university guna standee kpop

Perkara ini bukan sahaja tular dalam kalangan peminat K-Pop di Malaysia bahkan ia turut mendapat perhatian media daripada Korea. Kebanyakan dripada komen yang ditinggalkan memuji langkah kreatif yang diambil oleh Sunway University dalam mempromosikan penjarakan sosial secara menghiburkan.

Untunglah pelajar Sunway University dapat jumpa Jung-kook dan Tzuyu secara berdepan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...