Ikuti Kami:

Ungkit Kes Bekas Teman Lelaki Ugut Sebar Video Seksual, Profesor Universiti Diselar Perlekeh Kematian Goo Hara

Ungkit Kes Bekas Teman Lelaki Ugut Sebar Video Seksual, Profesor Universiti Diselar Perlekeh Kematian Goo Hara

Rasanya semua dah mengetahu tentang insiden pilu yang berlaku dalam dunia K-Pop beberapa bulan lepas. Dalam hanya masa dua bulan, terdapat tiga kes bunuh diri yang melibatkan selebriti terkenal dan pelakon baru. Mereka yang sudah pergi untuk selamanya dalam usia yang muda itu ialah Sulli, Goo Hara dan Cha Inha. Mungkin tidak mampu lagi menahan kesedihan di atas dunia, mereka pilih untuk pergi dahulu.

sulli

Kesemua peminat dan orang ramai ratanya meratap pemergian para selebriti ini. Meskipun begitu, masih ada juga segelintir individu yang menyelar tindakan mereka tersebut. Kebanyakan netizen bengang apabila seorang profesor daripada Universiti Ajou di Korea telah memperlekehkan tindakan Goo Hara menamatkan riwayatnya sendiri.

Kelas profesor daripada Jabatan Kandungan Budaya itu bermula dengan lelaki berhormat itu memberikan nasihat supaya para pelajarnya mempunyai mental yang kuat. Walaupun mempunyai niat baik ketika memberi syarahan itu, ramai tidak puas hati kerana dia menggunakan kisah bekas ahli kumpulan KARA itu sebagai contoh.

“Apabila anda tidak mempunyai mental yang kuat, kalian akan jadi seperti Goo Hara. Orang mencaci anda kerana mereka merasa rendah diri daripada anda. Kenapa bunuh diri kerana orang sedemikian? Anda kena anda pemikiran yang kental.”

goo hara

Lebih mengejutkan apabila profesor yang bernama Joo Chulhwan itu apabila dia mengungkit kisah mengenai bekas teman lelaki Goo Hara yang telah mengugut untuk mendedahkan video seksual mereka semasa hayatnya. Lelaki itu menyatakan bahawa mangsa seharusnya menguruskan hal itu dengan lebih terbuka. Katanya, jikalau ada yang sudah menontonnya, dia sepatutnya menanyakan soalan sebegini:

“Apa awak rasa tentang badan saya?”

Kesemua percakapan profesor itu telah direkodkan oleh pelajar di dalam kelasnya dan rata-rata pelajar perempuan di universiti itu menyelar kenyataannya yang tidak sensitif itu. Tambahan lagi, apabila ramai pihak kini yang cuba membawa perubahan kepada penggunaan internet bagi membawa keadilan kepada kematian Goo Hara dan Sulli.

Sumber: South China Morning Post

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...