Utama Rancangan Hiburan ‘Unexpected Business’ Dilapor Bakal Kembali Dengan Musim Kedua, tvN Beri Respon

‘Unexpected Business’ Dilapor Bakal Kembali Dengan Musim Kedua, tvN Beri Respon

tvn unexpected business

Siapa layan program “Unexpected Business” yang dihoskan oleh Cha Tae-hyun dan Jo In-sung pada awal tahun ini?

Khabarnya rancangan kelolaan tvN itu bakal kembali untuk musim kedua tak lama lagi. Bagi yang tidak mengetahui, program ini menampilkan dua selebriti tersebut yang menjadi bos pasar raya di kawasan terpencil selama 10 hari.

Selepas berita itu berterbangan, respon tvN,

Musim kedua ‘Unexpected Business’ sedang dalam persiapan. Organisasi spesifik dan panelnya masih dibincangkan.

tvn unexpected businessProgram ini mendapat perhatian ramai kerana ia turut menampilkan selebriti seperti Nam Joo-hyuk, Jo Bo-ah, Park Bo-young dan ramai lagi selain pertelingkahan comel antara kedua hosnya.

Korang dah lama tunggu ke musim kedua “Unexpected Business”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMBN TV
Loading...