Ikuti Kami:

“Umur..” – Penonton K-Drama Bantah Shin Hyunbin & Moon Sangmin Digandingkan Tapi Kenapa?

“Umur..” – Penonton K-Drama Bantah Shin Hyunbin & Moon Sangmin Digandingkan Tapi Kenapa?

Sepertinya ada yang kurang berpuas hati dengan berita gandingan Moon Sang-min dan Shin Hyun-bin dalam drama “Cinderella At 2AM”.

Baru-baru ini, media melaporkan bahawa kedua mereka bakal menerajui drama adaptasi webtoon dengan nama yang sama. Ia adalah drama komedi romantik mengisahkan kehidupan cinta seorang wanita biasa yang mahu melindungi diri sendiri dan lelaki kaya muda yang melindungi cinta untuk kepentingan sendiri.

Walau bagaimanapun, berita pengambilan Moon Sang-min, 23 tahun dan Shin Hyun-bin, 37 tahun dibalas dengan respon negatif penonton dek usia mereka yang terlalu berbeza iaitu sebanyak 14 tahun.

moon sangmin shin hyunbin

Komen penonton yang tidak kisahkan hal berkenaan, “Mereka berbeza lebih 10 tahun, tapi selain dari perbezaan usia, mereka nampak serasi.”

Respon yang lain pula, “Pelakon lelaki terlalu muda”, “Shin Hyun-bin nampak lebih macam cikgu dari kekasih”, “Saya tak tahu keserasian mereka. Adakah berbeza sangat kalau dipasangkan dalam dunia nyata?” dan lain-lain.

Dalam pada itu, agensi mereka menafikan bahawa mereka sudah menerima tawaran untuk menerajui “Cinderella At 2AM” dan masih lagi meneliti sama ada bakal menyertainya ataupun tidak.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...