Ikuti Kami:

“Umur Kita 40 Tahun..” – Lee Moosaeng Dedah ‘Thirty, Nine’ Bakal Ada Musim Kedua?

“Umur Kita 40 Tahun..” – Lee Moosaeng Dedah ‘Thirty, Nine’ Bakal Ada Musim Kedua?

Lemah betul bila “Thirty, Nine” tiada tayangan pada minggu ini kan?

Sudah pun memasuki separuh kedua, ramai yang tak sabar menantikan perubahan hubungan antara tiga rakan baik Cha Mi-jo, Jung Chan-young dan Jang Joo-hee apabila rakan mereka disahkan menghidapi kanser tahap empat.

Hanya mempunyai 12 episod, ada penonton tertanya-tanya sama ada drama itu akan bakal disambung lagi nanti.

Persoalan itu dibangkitkan apabila salah seorang pelakonnya iaitu Lee Moo-saeng ada menyebutnya dalam satu temubual yang berlangsung di JTBC baru-baru ini.

thirty nine 2

Semasa sedang bermain permainan teka kata, pelakon yang membawa watak Kim Jin-seok itu perlu memberikan klu perkatan ’40 tahun’ kepada Jeon Mi-do. Melihatkan wanita itu yang terpinga-pinga, kata lelaki itu,

Umur yang bakal dilalui kita. Tajuk musim kedua kita.

Jeon Mi-do berjaya meneka perkataan tersebut akhirnya dan mereka hanya ketawa mendengar klu yang diberikan Lee Moo-saeng.

thirty nine 2

Disebabkan oleh itu, ada yang menjangka bahawa “Thirty, Nine” bakal mempunyai musim baru nanti namun ada yang mengatakan bahawa Lee Moo-saeng menyebut ‘musim kedua’ memandangkan selepas 39 tahun, mereka akan mencapai usia 40 tahun.

Korang rasa bagaimana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...