Ikuti Kami:

Umum Berita Gembira, Ini 5 Artis Wanita Korea Menantikan Cahaya Mata Baru

Umum Berita Gembira, Ini 5 Artis Wanita Korea Menantikan Cahaya Mata Baru

Hari ini, idola K-Pop dan K-Drama kerap memuat naik gambaran tentang hari-hari mereka di media sosial serta membina hubungan yang lebih rapat dengan peminat.

Kali ini KimchiDaily ingin kongsikan beberapa artis wanita yang sangat gembira mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.

Lime Hello Venus 

Pada 13 Mei yang lalu, Lime atau nama sebenar Chae Joo-hwa telah memuat naik satu gambar ultrasound di laman Instagram miliknya. Khabar angin itu menggembirakan ramai peminat. Dia telah berkahwin pada tahun 2022 dan selepas setahun kemudian dia baru dikurniakan cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김혜림 (@hv_juhwa)

Park Eun-sol

Park Eun-sol pernah viral beberapa kali kerana penampilannya yang seksi. Pada 2021, dia memulakan akaun Instagram baharu selepas akaun Instagram yang lama digodam. Dia telah memaklumkan peminat tentang kehidupannya melalui profil ini. Pada September tahun lalu, dia berkahwin dan pada Februari tahun ini dia mengumumkan kehamilannya.

eunsol pregnant

Uhm Hyunkyung

Cha Seo-won dan Uhm Hyun-kyung, bintang “The Second Husband” telah mengesahkan khabar angin perkahwinan dan telah berkongsi berita gembira bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama. Pada 5 Jun, agensi berita Korea telah mengesahkan bahawa pasangan itu bersedia untuk menyambut bayi pertama mereka bersama.

Uhm Hyun-kyung

Euna Kim

Selepas meninggalkan Korea dan kembali ke Amerika Syarikat pada 2019, Euna Kim mengikat tali pertunangan dengan suaminya pada November 2021. Pada 8 April, bekas ahli The Ark secara peribadi mengumumkan berita kehamilannya di Instagram.

Euna Kim Pregnant

Lee Minjung

Pelakon “Squid Game” Lee Byung-hun dan isterinya, Lee Min-jung, sedang menanti kehadiran  anak kedua. Lee Byung-hun memainkan watak “Front Man” dalam siri Korea Netflix. Pada 4 Ogos, laporan kehamilan Lee Min-jung dengan anak keduanya mula tersebar selepas News1 melaporkan pelakon wanita Korea itu hamil.

Lee Min Jung Pregnant

Tahniah!!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...