Ugut Mahu Sebar Video Seksual, Bekas Teman Lelaki Goo Hara Dijatuhkan Hukuman Penjara Setahun

teman lelaki goo hara dipenjarakan

Akhirnya keadilan berpihak kepada mendiang Goo Ha-ra apabila bekas teman lelakinya iaitu Choi Jong-bum telah dijatuhkan hukuman selepas perbicaraan rayuannya.

Pada 13 September 2018, Goo Ha-ra dan Choi Jong-bum telah bergaduh secara fizikal sekitar jam 1 pagi. Meskipun lelaki itu melaporkan kepada pihak polis bahawa selebriti itu yang menyerangnya dahulu namun Goo Ha-ra melawan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia telah mengugut untuk menyebarkan video seksual mereka.

Kedua dakwaan kemudiannya dibawa ke hadapan pendakwa sebagai dua kes yang berasingan di mana dakwaan Goo Ha-ra ditangguhkan manakala kes Choi Jong-bum melalui perbicaraan.

teman lelaki goo hara dipenjarakan

Choi Jong-bum didakwa oleh pendakwa atas kesalahan melanggar Akta Istimewa bagi Kes Melibatkan Jenayah Seksual (merakamkan tubuh badan tanpa kerelaan), menyerang sehingga menyebabkan kecederaan, peras ugut, paksaan dan merosakkan harta benda.

Semasa perbicaraan pertama pada Ogos lepas, dia dihatuhkan hukuman penjara selama 1 tahun 6 bulan dengan 3 tahun tempoh percubaan. Dia dan peguamnya merayu supaya hukuman tersebut diringankan.

Selepas perbicaraan rayuan tersebut, lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama setahun tanpa sebarang tempoh percubaan.

Hubungan seksual ialah sesuatu aspek yang sangat intim bagi hal peribadi seseorang dan mengugut untuk menyebarkan rakaman ini bukan sahaja akan menjejaskan psikologi mangsa malah akan merosakkan maruah mereka.

Bahkan defendan turut mengugut untuk mendedahkan rakaman tersebut kepada orang awam meskipun sedar bahawa video sedemikian boleh menjejaskan mangsa dengan teruk kerana dia adalah seorang selebriti.

teman lelaki goo hara dipenjarakan

Walaubagaimanapun, mahkamah kekal dengan pendirian bahawa Choi Jong-bum tidak bersalah atas pertuduhan merakam tubuh badan mangsa tanpa kerelaan.

Berdasarkan bukti yang dikemukakan, susah untuk merasionalkan perkara tersebut tanpa ragu bahawa ia dirakam tanpa kebenaran.

Selepas hukuman itu dijatuhkan, mahkamah bertanya kepada Choi Jong-bum sama ada dia mahu berkata apa-apa mengenai keputusan tersebut namun dia tidak mahu memberi sebarang komen buat masa ini.

Abang Goo Ha-ra yang turut berada semasa perbicaraan berlangsung telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang hadir.

Melihatkan dia bakal meringkuk dalam penjara selama setahun tanpa penggantungan merupakan satu hal yang melegakan buat kami sekeluarga dalam mengurangkan rasa sakit ini. Namun, kami tetap berasa kesal kerana dia didapati tidak bersalah atas pertuduhan merakam tanpa kebenaran dan hanya dipenjarakan selama setahun.

abang goo hara

Goo Ho-in juga mengatakan bahawa Goo Ha-ra pasti berasa gembira apabila mengetahui tempoh percubaan yang diberikan kepada Choi Jong-bum telah ditarik semula. Abang selebriti itu juga mengatakan bahawa dia akan meminta pihak pendakwa supaya meneruskan dengan rayuan untuk menambah hukuman penjara yang dijatuhkan kepada Choi Jong-bum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply