Ikuti Kami:

Ucap Selamat Hari Jadi, Netizen Hiba Lihat Abang Goo Hara Memperingati Adiknya

Ucap Selamat Hari Jadi, Netizen Hiba Lihat Abang Goo Hara Memperingati Adiknya

Sedar tidak sedar, sudah hampir dua bulan idola terkenal iaitu Goo Hara telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meskipun tidak diumumkan secara spesifik mengenai punca kematiannya tetapi ramai yang mengesyaki bahawa gadis berusia 27 tahun itu telah membuat keputusan drastik dengan mengambil nyawanya sendiri.

Walaupun ramai rakan selebriti yang melahirkan rasa sedih dengan pemergian gadis itu, pastinya ahli keluarga yang membesar bersamanya akan berasa lebih hiba lagi. Antara ahli keluarga yang paling nampak terkesan dengan pemergian idola itu ialah abangnya. Mereka berdua dikhabarkan sangat rapat semasa hayat Goo Hara. Bahkan abangnya itu sering tidak lupa bertanyakan khabar adik perempuannya tersebut setiap kali dia berada di luar negara dan turut membawa makanan untuknya apabila dia pulang ke Korea.

abang goo hara

Terbaru, abangnya itu telah berkongsi satu entri sedih di mana dia meninggalkan ucapan selamat hari jadi pada ulang tahun ke-28 adiknya pada 3 Januari lepas. Kapsyen yang ditulisnya agak sedih, “Setiap tahun pada waktu ini, saya menghantar mesej untuk menyambutnya tetapi ini merupakan kali terakhir. Selamat hari jadi. Saya berharap agar awak gembira dan ketawa riang tanpa sebarang masalah.”

hari jadi goo hara

Ramai peminat Goo Hara yang turut bersedih dengan entri abang gadis ini. Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak akan melupakan langsung gadis itu walaupun dia sudah tiada di dunia ini.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...