Dah lama tak tengok VIXX buat persembahan kan?
Setelah sekian lama, akhirnya tiga orang daripada kumpulan VIXX iaitu Leo, Ken dan Hyuk bakal membuat persembahan bersama untuk konsert bersama peminat yang akan datang, “ING : As Always”.
Konsert “ING : As Always” bakal diadakan pada 6 dan 7 Januari yang akan datang di KBS Arena Hall dan pembelian tiket bakal mula dibuka pada 16 Disember ini.
https://twitter.com/RealVIXX/status/1599962540469293056
Konsert kali ini juga boleh dianggap kemunculan semula mereka sejak konsert pertama mereka pada tahun 2019, jadi peminat amat menantikan persembahan mereka walaupun hanya 3 ahli sahaja yang bakal membuat persembahan kali ini.
Korang excited tak dapat tengok dorang buat persembahan lagi?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.