Ikuti Kami:

TXT Rilis Video Latihan Tarian ‘0X1=LOVESONG’ Versi Halloween

TXT Rilis Video Latihan Tarian ‘0X1=LOVESONG’ Versi Halloween

Pada 30 Oktober jam 12 pagi, TOMORROW X TOGETHER telah mengeluarkan video latihan tarian versi Halloween baharu untuk lagu mereka “0X1=LOVESONG (I Know I Love You) ft. Seori”.

Di sini, ahli TXT berubah menjadi pemburu hantu, dan memberikan sentuhan Halloween istimewa pada persembahan mereka.

Video latihan tarian menunjukkan koreografi TXT yang sempurna dan lakonan terperinci.

“0X1=LOVESONG (I Know I Love You) ft. Seori” ialah judul lagu album penuh ke-2 mereka ‘The Chaos Chapter: Freeze’, dan TXT mencipta persembahan dinamik yang meluahkan hati remaja yang percaya bahawa cintanya kepada seseorang adalah satu kepastian walaupun dalam dunia yang huru-hara.

Sementara itu, TXT akan mengeluarkan lebih banyak kandungan bertemakan Halloween untuk peminat pada 31 Oktober jam 7 malam.

Fuhhh tema Halloween, menarik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...