Berita mengenai kemunculan semula dan perbaharuan kontrak TWICE bersama JYP Entertainment pastinya menggembirakan ramai peminat.
Beberapa hari lepas, JYP mengumumkan bahawa semua ahli TWICE telah menyelesaikan proses untuk pembaharuan sebelum tamat kontrak mereka pada musim gugur ini.
Tidak lama kemudian, kumpulan itu juga turut merancang untuk mengeluarkan album mini ke-11 mereka “BETWEEN 1&2” pada 26 Ogos ini.
Sejurus selepas dua berita menerujakan ini dikeluarkan, saham JYP Entertainment terus dilihat meningkat naik dari hari-hari sebelum pengumuman.
Menurut Korea Exchange pada 13 Julai, saham JYP didagangkan pada 53,800 won setakat 9:16 AM, naik 2.67% daripada hari dagangan sebelumnya. Ini dipercayai disebabkan berita mengenai pembaharuan kontrak dan kemunculan semula TWICE.
Hebat TWICE!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.