Ikuti Kami:

tvN Dedah Foto Kahwin Do Hyunsoo & Cha Jiwon, Hint Kesudahan Bahagia Buat ‘Flower Of Evil?

tvN Dedah Foto Kahwin Do Hyunsoo & Cha Jiwon, Hint Kesudahan Bahagia Buat ‘Flower Of Evil?

Ramai rasanya yang dah tak sabar menanti kesudahan drama “Flower Of Evil”! Daripada awal tayangan sehingga kini menghampiri penghujungnya, naskhah ini berjaya membuatkan semua penonton ralit dan khusyuk sehingga tak terlepas satu episod pun.

Sinopsis

Kalau anda nak tahu, “Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

Klimaks penutup yang mendebarkan

Dalam episod ke-15, Do Hyun-soo hilang kawalan apabila menyangka bahawa Baek Hee-sung (Kim Ji-hun) telah mengapa-apakan isterinya dan anak perempuan mereka. Menjadi tidak terkawal, dia mula beradu tenaga dengan lelaki psiko itu namun terkesima apabila melihat Ji-won masih lagi hidup. Menggunakan peluang tersebut, Baek Hee-sung merebut pistol milik anggota polis yang ingin memberkasnya dan melepaskan tembakan ke arah Do Hyun-soo.

kesudahan flower of evil

Pengakhiran episod tersebut nyata membuatkan penonton berdebar kerana tidak pasti sama ada Do Hyun-soo akan terus hidup dan menggapai bahagia bersama keluarga kecilnya.

Sedutan episod terakhir juga nampak mengelirukan apabila Do Hyun-soo sepertinya terus menyembunyikan sesuatu dan Cha Ji-won kelihatan menangis melihat suaminya dalam keadaan demikian selama 4 bulan selepas insiden berdarah tersebut.

Hint gambar kahwin

Walaubagaimanapun, tvN baru sahaja meriliskan beberapa keping gambar perkahwinan Do Hyun-soo dan Cha Ji-won lantas rata-rata penonton menebak bahawa “Flower Of Evil” akan menyajikan kesudahan bahagia pada 23 September nanti.

kesudahan flower of evil kesudahan flower of evil

kesudahan flower of evil

Haraplah Do Hyun-soo, Cha Ji-won dan Eun-ha akan menemui bahagia pada akhirnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...