Ikuti Kami:

Turut Libatkan Nama IU, Abang Dedah Mendiang Sulli Pernah Bercinta Dengan P.O.

Turut Libatkan Nama IU, Abang Dedah Mendiang Sulli Pernah Bercinta Dengan P.O.

Abang mendiang Sulli menerima kecaman selepas mendedahkan butiran kehidupan peribadi adiknya dan menyebut beberapa nama rakan selebriti dalam industri hiburan.

Kelmarin, abang Sulli memuat naik hantaran di media sosialnya, secara langsung menyebut nama beberapa rakan selebriti adiknya dalam industri hiburan.

Dia mendakwa bahawa Kim Soo-hyun, Lee Sa-rang (juga dikenali sebagai Lee Ro-be), YouTuber Lee Jin-ho, dan bekas pengurus Kim Sae-ron adalah individu yang terlibat dalam insiden tertentu, selain turut menyebut beberapa selebriti lain.

Mengenai IU, abang Sulli berkata, “Dia mengenali Kim Soo-hyun, menolak watak utama dalam filem ‘Real,’ kemudian menyerahkan skrip itu kepada Sulli.” Dia turut menarik perhatian dengan menyebut nama mendiang Goo Hara dan Kim Sae-ron selepas merujuk kepada Sulli.

Selain itu, dia juga menyebut nama Choiza, bekas teman lelaki Sulli, dalam siaran langsung dan mencetuskan kontroversi dengan mendakwa bahawa adiknya pernah bercinta dengan P.O. sebelum menjalinkan hubungan dengan Choiza.

sulli date choiza

Sebagai respons, agensi P.O., Artist Company, menyatakan,

Ini adalah perkara peribadi, jadi kami tidak dapat mengesahkan apa-apa.

Tindakan abang Sulli telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menyatakan sokongan kepada mendiang Sulli, namun ramai yang mengecam tindakannya kerana terus mengungkit perkara yang tidak berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Kenapa kaitkan kisah lama?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...