Lumrah menjadi idola, ada ketika mereka perlu menghadiri jadual padat hampir saban hari.
Terbaru, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi selepas Jennie dilihat meninggalkan pentas semasa mempersembahkan lagu ‘Lovesick Girls’ ketika konsert BLACKPINK di Melbourne, Australia.
Ketika sesi soundcheck sebelum konsert bermula juga, hanya Rose, Jisoo dan Lisa kelihatan. Jelas ahli lain, Jennie kurang sihat dan senang menyimpan tenaga untuk konsert malam nanti.
get well soon jennie baby pic.twitter.com/SlHocQEfQt
— kylie (@blinkvirus) June 11, 2023
Kongsi agensi itu,
Kesal kami menyampaikan bahawa Jennie tidak dapat meneruskan persembahan ketika BLACKPINK WORLD TOUR [BORN PINK] IN MELBOURNE. Dia terpaksa berhenti kerana keadaan kesihatan yang semakin meneruk.
Kami ingin menyampaikan permohonan maaf dari lubuk hati kepada peminat yang memberikan sokongan buat BLACKPINK dan buat semua yang menghadiri konsert itu. Kami berharap anda memahami situasi ini.
Khabarnya, Jennie berkeras mahu menghabiskan persembahan namun diminta berehat atas nasihat pakar perubatan di konsert itu. Janji wanita itu, dia akan mencuba sebaik mungkin untuk kembali sihat secepatnya.
Semoga Jennie cepat sembuh.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily