Ikuti Kami:

Tunjuk Prestasi Luar Biasa, Hwang Inyoup Dilapor Buka Agensi Sendiri Bersama Pengurus

Tunjuk Prestasi Luar Biasa, Hwang Inyoup Dilapor Buka Agensi Sendiri Bersama Pengurus

Betul ke ni?

Menurut sumber media pada 27 Disember, Hwang In-youp dilapor akan membina agensinya sendiri bersama dengan pengurusnya.

Adalah difahamkan bahawa pengurus yang dikatakan merupakan pengurus yang sudah lama bekerja serta setia bersama dengan pelakon tersebut sejak dari penampilan sulungnya.

Terlebih dahulu, Hwang In-youp telah melakukan penampilan sulung pada tahun 2018 dan telah banyak membintangi pelbagai drama termasuk “True Beauty” dan “The Sound of Magic”.

inyeop drama

Sementara itu, Hwang In-youp juga bakal kembali dengan drama yang baru iaitu “Family By Choice”, drama yang menceritakan tentang sekumpulan manusia yang hidup bersama tanpa pertalian darah akan mula ditayangkan pada tahun hadapan.

Tidak berhenti di situ, drama terbaru Hwang In-youp ini juga telah meraih perhatian ramai. Di mana, rata-rata mereka ingin menyaksikan prestasi lakonan Hwang In-youp dalam projek terbaru ini dan melihat pencapaian cemerlang yang akan dia raih dengan agensi baharunya.

Selamat maju jaya Hwang In-youp!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...