Ju Hak-nyeon nampaknya tidak pernah bersetuju untuk meninggalkan THE BOYZ mahupun agensi One Hundred.
Dalam kenyataan yang ditulis menerusi Instagram peribadinya, Ju Hak-nyeon menyatakan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang dan bakal mengambil tindakan terhadap media yang menulis artikel berniat jahat.
Tulisnya,
Jika terdapat bukti pelacuran, ia harus didedahkan segera.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju untuk keluar dari THE BOYZ apatah lagi menamatkan kontrak dengan One Hundred.
Saya berhasrat untuk mengambil tindakan kepada agensi yang secara tidak adil memecat saya daripada pasukan dan membuat dakwaan tidak berasas mengenai penamatan kontrak, serta media yang menyebabkan kemudaratan kepada saya tanpa sebarang fakta yang disahkan.
Bagi yang belum tahu, ada sumber membuat dakwaan bahawa Ju Hak-nyeon mempunyai hubungan dengan bintang porno, Asuka Kirara, di Jepun.
Semoga keadilan akan berpihak kepada yang benar.