Ikuti Kami:

Tunjuk Jari Tengah, Jualan Light Stick EPIK HIGH Cecah Tiga Kali Ganda

Tunjuk Jari Tengah, Jualan Light Stick EPIK HIGH Cecah Tiga Kali Ganda

Biar betul?

Pada 2 November, EPIK HIGH telah muncul sebagai tetamu di dalam satu rancangan siaran langsung “Cultwo Show”. Di mana mereka telah membincangkan banyak perkara dan salah satunya ialah berkaitan dengan ‘light stick’ kumpulan tersebut.

Baru-baru ini EPIK HIGH telah mengeluarkan ‘light stick’ mereka iaitu “Park Kyu-bong” di mana reka bentuknya menyerupai bentuk tangan yang sedang menunjukkan jari tengah.

epik high lightstick

Kumpulan itu mendedahkan bahawa mereka hanya menyediakan stok yang sedikit bagi ‘light stick’ tersebut. Namun, selepas pesanan dibuka ketiga ahli-ahli kumpulan itu terkejut.

Mereka berkata,

Kami hanya sediakan kuantiti yang tidak terlampau banyak, tapi selepas 24 jam pesanan dibuka, jumlah pesanan yang kami terima adalah tiga kali ganda daripada kuantiti yang kami sediakan.

epikhigh

Mereka menambah,

Kami sampai kena pergi ke kilang pembuatan tersebut setiap hari dan ianya sangat sukar sebab terlalu banyak sangat pesanan.

Malah, salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Tablo juga menyatakan bahawa mereka sangat teruja dengan jualan tersebut.

Katanya,

Saya tak sabar nak tengok ramai orang menggunakan ‘light stick’ tersebut.

Dalam masa yang sama, EPIK HIGH telah mengeluarkan lagu terbaru mereka bersama dengan Hoshi SEVENTEEN iaitu “Screen Time” pada 1 November.

Ada ke antara korang yang beli ‘light stick’ ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...