Ikuti Kami:

Tunda Sebab Ahli Positif COVID-19, NCT DREAM Umum Tarikh Baru Konsert

Tunda Sebab Ahli Positif COVID-19, NCT DREAM Umum Tarikh Baru Konsert

Sebelum ini kita dengar ura-ura sahaja kumpulan ini akan comeback, tetapi terbaru, NCT Dream telah mengumumkan tarikh baru untuk konsert solo kedua mereka! Wah, bestnya!

Perkara itu disahkan apabila agensi mereka, SM Entertainment mengesahkan bahawa NCT Dream kini sudah mempunyai tarikh baharu dan juga tempat untuk konsert solo kedua mereka iaitu, “The Dream Show 2: In A Dream”. nctPada mulanya, NCT Dream merancang untuk menemui peminat pada konsert solo kedua mereka dari 29 sehingga 31 Julai di Gocheok Sky Dome, Seoul. Bagaimanapun, konsert itu dibatalkan selepas dua ahli mereka Mark dan Ren-jun disahkan positif COVID-19.

Kini, konsert “The Dream Show 2 : In A Dream” akan berpindah ke tempat yang lebih besar iaitu di Stadium Olimpik Jamsil. Konsert itu akan berlangsung selama dua hari dari 8 sehingga 9 September, dan hari kedua konsert itu akan disiarkan secara langsung menerusi dalam talian melalui platform Beyond LIVE.nct Nasib baik ada tarikh baru… ingatkan batal terus…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...