Disebabkan oleh wabak COVID-19 yang membimbangkan di Korea sejak kebelakangan ini, banyak acara dan juga majlis yang sudah ditetapkan terpaksa ditangguh atau dibatalkan.
Sama juga dengan Chang-min daripada TVXQ yang membuat keputusan menunda perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 5 September lalu. Selepas berbincang semula, SM Entertainment mengesahkan bahawa majlis bermakna tersebut akan berlangsung pada 25 Oktober nanti.
Bagi menghormati pengantin perempuan yang bakal daripada kalangan selebriti, Chang-min mendedahkan bahawa majlis tersebut akan dijalankan secara tertutup.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.