Ikuti Kami:

Tunang 6 Tahun Lebih Muda, Jang Nara Umum Bakal Berkahwin

Tunang 6 Tahun Lebih Muda, Jang Nara Umum Bakal Berkahwin

Akhirnya! Jang Na-ra mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Pada 3 Jun, wanita itu telah berkongsi menerusi laman peminat mengenai berita mengejut itu.

Tulisnya,

Hari ini, saya ingin menyampaikan sesuatu yang peribadi tapi juga gembira. Saya bakal berkahwin!

Selepas bercinta dengan rakan saya yang 6 tahun lebih muda dan bekerja dalam produksi video selama 2 tahun ini, kami sudah berjanji untuk menjadi pasangan seumur hidup. Saya jatuh cinta melihat senyumannya, kebaikannya dan integriti yang tinggi serta yang paling penting, tingkah laku yang dicurahkan semasa bekerja. Saya berasa gembira kerana akan menyambung kehidupan bersama seorang yang terhormat ini dan saya tak sabar untuk berkongsi kebahagiaan ini buat semua, peminat kesayangan saya!

jang nara

Tambahnya lagi,

Saya berjanji akan hidup dengan gembira dan bahagia! Terasa seperti semalam seseorang seperti saya, tanpa bakat besar dalam apa-apa buat kemunculan sebagai selebriti tapi masa sudah terbang kini. Saya sejujurnya berterima kasih buat anda semua yang menghargai dan menyokong saya, melihat saya dengan baik.

Selepas perkahwinan ini, saya bercadang untuk menyapa anda dengan segera bersama sebuah produksi yang menyeronokkan! Saya berharap agar akan menjadi pelakon yang meletakkan dirinya pada setiap masa, sentiasa bersyukur dan merasai tanggungjawab di hati.

Akhir sekali, saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan maklumat lagi kerana tunangan saya ialah seorang selebriti dan mungkin akan berasa tidak selesa dalam bidang kerjanya kerana hubungan bersama saya. Sila faham. Terima kasih!

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...