Ikuti Kami:

Tunaikan Permintaan Terakhir Roh, Episod Awal ‘May I Help You’ Raih Rating Baik

Tunaikan Permintaan Terakhir Roh, Episod Awal ‘May I Help You’ Raih Rating Baik

Peminat drama fantasi romantik, ada drama baru yang best untuk korang!

Sinopsis

“May I Help You” mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Kim, yang menggantikan tugas yang bermula pada 100 won setiap hari, dan Baek Dong-ju (Hye-ri), seorang pengarah pengebumian yang mengabulkan permintaan si mati, semasa menjalankan tugas harian syarikat Ildangbaek.

Si mati bersuara

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini menyaksikan Baek Dong-ju berusaha keras sebagai pengurus pengebumian selain menunaikan secara diam permintaan terakhir roh yang tidak tenang. Walaupun bermula ‘benci’ dengan Kim Jib-sa (Lee Jun-young) yang merupakan pekerja di sebuah kedai yang memberikan perkhidmatan tanpa batasan, mereka berdua bekerja dengan baik kini bagi menyelesaikan kemahuan si mati.

mbc may i help you

Rating baik

Untuk episod pertamanya, “May I Help You” mencatatkan rating sebanyak 3.9% dan kekal stabil dengan catatan 3.7% ketika episod keduanya.

Meskipun angka yang dicapainya biasa, namun ini merupakan catatan yang baik bagi sebuah drama yang baru bermula. Malah ramai memuji plot siri MBC ini yang menyentuh hati dek pelbagai kisah meruntun jiwa dilalui si mati.

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...