Ikuti Kami:

“Tulisan Sama” – Han Sohee Dituduh Palsukan Mesej Sokongan Peminat?

“Tulisan Sama” – Han Sohee Dituduh Palsukan Mesej Sokongan Peminat?

Dilanda pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini, Han So-hee menarik perhatian ramai selepas memuat naik respon kepada nota yang diterimanya daripada seorang peminat.

Nota tersebut bertulis,

Adakah awak Han So-hee? Jika ya, saya hanya ingin bertanya bagaimana keadaan awak hari ini. Saya risau ingin memberitahu saya mengenali awak kerana awak mungkin terbeban kerana awak sedang berehat. Saya sangat sukakan awak.

Han So-hee menulis di bawah nota tersebut,

Itu saya. Terima kasih kerana mengenali saya. Saya cuba mengatur fikiran saya lagi hari ini. Terima kasih kepada awak, saya lebih bersemangat hari ini. Terima kasih kerana menyapa.

Netizen yang membaca entri ini menyatakan rasa simpati dengan perasaan Han So-hee selepas dia terlibat dengan kontroversi baru-baru ini dengan bekas kekasihnya, Ryu Jun-yeol.

han sohee

Walau bagaimanapun, segelintir netizen mendakwa tulisan tangan peminat tersebut serupa dengan nota balasan Han So-hee lantas mencetuskan tanda tanya sama ada ianya dipalsukan oleh wanita itu. Mereka bahkan membandingkan nota itu dengan memo yang ditulis Han So-hee pada masa lalu dan menganalisis persamaannya.

Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan gaya tulisan itu turut menyerupai gaya percakapan Han So-hee mengikut susunan vokal dan konsonan Korea. Akibatnya, netizen meminta sesiapa yang menulis nota itu supaya tampil bagi memberikan penjelasan sebenar untuk meleraikan tuduhan ini.

Dalam pada itu, Han So-hee ditegur umum supaya lebih berhati-hati apabila memuat naik sebarang entri di media sosial memandangkan ia merupakan antara penyebab utama mengapa dia terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...