Ikuti Kami:

Tulis Ucapan Dalam Bahasa Inggeris, Netizen Puji Anak Gary, Kang Haoh

Tulis Ucapan Dalam Bahasa Inggeris, Netizen Puji Anak Gary, Kang Haoh

Suka kan tengok telatah antara Gary dan anaknya, Ha-oh?

Di Korea Selatan, Hari Ibu Bapa akan disambut setiap tahun pada 8 Mei oleh orang ramai dan kerajaan. Acara keluarga akan memberi perhatian bagi menyampaikan penghargaan buat mereka yang bergelar ‘ibu bapa’.

Kang Ha-oh berusia 5 tahun kini, yang merupakan anak kepada bekas ahli “Running Man” Kang Gary, turut tidak terkecuali dalam memberi ucapan manis buat kedua ibu bapanya. Apa yang menarik perhatian, ucapan tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris yang lancar, menerima pujian dari netizen.

kang haoh

Ha-oh menyampaikan perasaannya dengan menulis,

Ibu dan ayah, selamat hari ibu bapa! Terima kasih kerana bermain lego dengan saya dan membawa saya ke taman permainan. Saya akan mendengar dan membantu anda juga. Saya sayang awak. Daripada Hao.

Melihat ucapan yang ditulis Ha-oh dalam bahasa Inggeris, netizen telah meninggalkan komen pujian:

Awak membesarkan anak awak dengan baik, sangat gembira melihat keluarga awak setiap hari hidup bahagia.

Ha-oh memang budak genius sejak kecil lagi.

Tulisan tangan yang cantik Ha-oh!

kang gary kang haoh

Pandainya Ha-oh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...