Ada berita gembira buat mereka yang dah lama menantikan lagu baru dari Rosé BLACKPINK!
Terbaru, Rosé telah mengumumkan keluaran album solo pertamanya “Rosie”, yang akan menemui peminat secara rasmi pada 6 Disember ini.
Tulis wanita itu,
Saya telah mencurahkan darah dan air mata saya ke dalam album ini. Saya tidak sabar untuk awak mendengar jurnal kecil saya ini. Rosie – adalah nama saya benarkan rakan dan keluarga saya memanggil saya. Saya harap awak semua rasa lebih dekat dengan saya. Dan ya, ia adalah album penuh.
View this post on Instagram
Menurut laporan, album penuh Rosé ini akan mengandungi sebanyak 12 lagu, termasuk lagu utama. Difahamkan bahawa penyanyi itu sendiri telah mengambil bahagian dalam menulis dan mengarang semua lagu dalam album tersebut, di mana dia berkongsi kisah hidupnya.
Nantikan album “Rosie” akan dikeluarkan pada 6 Disember ini!