Ikuti Kami:

Tular & Rating Tinggi, Ini 4 Kejayaan Dicapai ‘A Business Proposal’ Dalam 4 Episod Sahaja

Tular & Rating Tinggi, Ini 4 Kejayaan Dicapai ‘A Business Proposal’ Dalam 4 Episod Sahaja

Siapa jangka “A Business Proposal” bakal menerima sambutan yang hangat selepas beberapa tayangan.

Bahkan drama yang dibintangi Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong ini berjaya duduk seiring dengan naskhah yang dibarisi pelakon popular seperti “Thirty-Nine” dan “Forecasting Love & Weather”.

Walaupun baru 4 episod namun “A Business Proposal” telah berjaya mencuri perhatian ramai dan mencipta rekod di pelbagai platform.

Analisis penonton baik

Di laman rating filem IMDb, drama itu meraih rating sebanyak 9.0/10 manakala mencatat 8.1 di laman rating China iaitu Douban. Terbukti popular, ratingnya itu lebih tinggi daripada drama lain yang ditayangkan kini iaitu “Crazy Love”, “Military Prosecutor Doberman”, “Thirty, Nine”, “Forecasting Love & Weather” dan lain-lain. Selain itu, 3,000 penonton juga memberikan rating yang memuaskan di platform MyDramaList di mana puratanya ialah 8.7.

a business proposal popular

Rating tinggi

Antara faktor penting kejayaan sesebuah drama ialah rating setiap episod. Disebabkan ianya merupakan siri pada slot tayangan Isnin-Selasa tanpa promosi yang hebat, “A Business Proposal” bermula dengan rating sederhana iaitu 4.9% sahaja. Namun dalam 4 episod sahaja, ia menaik hampir dua kali ganda dengan purata rating 8.7% kini dan titik tertinggi dalam tayangan terbaru mencecah 11%.

Kedudukan baik di peringkat global

Bagi platform atas talian pula, dram romantik konedi ini berjaya menduduki tangga ke-9 dalam ranking global Netflix kini. Malah ianya berada di tangga pertama di beberapa negara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

a business proposal popular

Drama paling dicari

Bukan itu sahaja, “A Business Proposal” buat pertama kali meraih No 1 bagi drama yang paling dicari di platform carian kini. Ianya berdasarkan analisa Good Corporation bagi minggu pertama bulan Mac. Malah ia ditempat ketiga bagi drama paling trending sekarang.

a business proposal popular

Sekadar pengetahuan, “A Business Proposal” ialah drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.

Memang popular kan “A Business Proposal” sekarang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...