Sebelum ini, terdapat khabar angin menyatakan bahawa Ji-yeon T-ARA dan suaminya Hwang Jae-gyun dah bercerai.
Meskipun banyak dakwaan yang tersebar namun, agensi ataupun mereka sendiri masih memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang respon.
Terbaru, khabar angin itu kembali dibangkitkan selepas Hwang Jae-gyun dilihat keluar minum di sebuah bar sehingga awal pagi, dengan sekumpulan lelaki dan juga perempuan.
Sebagai tindak balas, rakan rapat Ji-yeon mengulas kepada media,
Melihat gambar seperti itu boleh menyakitkan jadi kita perlu berhati-hati.
Respon pihak Hwang Jae-gyun pula,
Memang benar dia keluar minum tetapi kami tidak dapat mengesahkan dengan siapa kerana ia adalah urusan peribadi.
Semoga yang baik-baik je untuk diorang..