Tular Gambar Makan Bersama, Park Boyoung Tolak Dakwaan Bercinta Dengan Pelakon Veteran Kim Heewon

Pasangan dengan jarak usia yang jauh adalah perkara biasa dalam industri hiburan Korea. Meskipun nampak biasa tetapi ramai juga yang kadang-kadang tak berapa bersetuju sekiranya sesuatu pasangan itu terlampau berbeza jarak umurnya. Takut ada perbezaan kuasa dalam hubungan itu.

Terbaru, pelakon wanita genit iaitu Park Boyoung yang berusia 31 tahun telah digosipkan sedang hangat bercinta dengan pelakon veteran iaitu Kim Heewon yang sudah menjangkau usia 52 tahun. Khabar angin ini mula berterbangan selepas gambar mereka makan berdua dia sebuah kafe telah tersebar di laman komuniti di Korea.

park boyoung nafi bercinta dengan kim heewon

Mungkin terpempan dengan gosip tidak masuk akal itu, Park Boyoung terus meninggalkan komen panjang di laman peminatnya bagi menafikan perkhabaran tersebut.

“Wow, skandal bercinta. Nampaknya saya sudah besar, terpaksa lalui skandal dating dan sebagainya. Gosip itu adalah tidak benar. Saya sudah lama rapat dengan senior Kim Heewon sejak berlakon bersama dalam ‘Hot Young Bloods’ dan ‘Collective Invention’. Tolak ketepi perbezaan umur, kami adalah rakan baik. Memang benar saya sering keluar makan atau pun minum kopi bersama senior Kim Heewon. Semasa kami keluar, ada tiga orang di situ, saya, senior Kim Heewon dan pengarah ‘Collective Invention’. Saya tidak mempunyai syarikat pengurusan sekarang, jadi agak sukar untuk saya mengeluarkan pengumuman rasmi, oleh sebab itu saya memuat naik entri ini di laman peminat.”

park boyoung

Dalam pada itu, Park Boyoung turut meminta netizen supaya memadam gambar CCTV yang mengandungi gambar dia dan Kim Heewon di kafe tersebut kerana hal peribadi. Dia juga turut memberi amaran untuk membawa sesiapa yang menyebarkan lagi gosip itu ke muka pengadilan.

kim heewon

Mesti Park Boyoung terkejut apabila terbaca berita ini. Padahal dia keluar makan sahaja tapi kena tuduh pergi dating pula!

Sumber: Allkpop, Mlbpark

Leave a Reply