Mesti ramai kan yang dah layan drama “The Frog” di Netflix?
Bagi yang belum tahu, Go Min-si membawa watak sebagai Yoo Seong-a dalam drama ini, seorang wanita psikopat yang membunuh anak lelaki suaminya dan kembali ke rumah pencen itu setahun kemudian.
Dalam satu temu bual, pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi usahanya untuk menghidupkan lagi watak tersebut,
Saya hilang banyak berat badan. Ia adalah berat paling rendah dalam hidup saya. Berat saya turun hingga ke 43kg.
Sambung Go Min-si lagi,
Berat saya 46kg sewaktu ‘Sweet Home’ dan saya turun kira-kira 3kg sejak itu. Saya harap tulang belakang saya nampak lebih jelas di kamera. Saya cuba turunkan berat sebanyak yang boleh.
Bukan senang tu!