Gaya rambut Song Ji-hyo sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Dalam teaser episod terbaru “Running Man”, ramai yang tertarik dengan perubahan drastik penampilan pelakon wanita itu.
Ini kerana dia tampil dengan gaya visual ala ‘Michael Jackson’ hingga ahli lain menyambutnya dengan senyuman lebar dan tepukan, menjadikan orang ramai semakin teruja untuk melihat perubahan gaya Song Ji-hyo.
Terdahulu, Song Ji-hyo menjadi bualan netizen selepas memotong rambut dengan pendek pada tahun lalu di mana ramai yang terkejut dek imej ‘boyish’ yang ditonjolkannya.
Nantikan episod itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.