Ikuti Kami:

Tukar Saluran Drama Asyik Muka Sama, Ini 4 Pelakon Buat Penonton Keliru Kini

Tukar Saluran Drama Asyik Muka Sama, Ini 4 Pelakon Buat Penonton Keliru Kini

Sepertinya penonton K-Drama meluahkan rasa penat apabila menonton pelakon yang sama sahaja dalam beberapa drama kini.

Isu yang dibangkitkan ialah wajah yang sama dapat dilihat dalam naskhah yang ditayangkan di saluran berbeza namun dalam slot yang sama. Malah dek watak yang seakan sama, ianya menyebabkan penonton menjadi keliru.

Bahkan bukan sahaja seorang pelakon namun rakan pelakon dalam drama sebelum ini turut muncul dalam naskhah lain yang sama, sepertinya mereka hadir sebagai pakej.

lee kyungyoung

Contohnya dua watak antagonis iaitu Jo Tae-sub iaitu Lee Kyung-young dan Jang Il-hyun yang dimainkan oleh Kim Hyung-mook dalam “Again My Life”. Mereka kemudiannya menyambung sinergi yang sama dalam “Doctor Lawyer” kini sebagai pengarah hospital dan doktor yang juga korup.

Bukan sahaja itu, Lee Kyung-young memainkan watak jahat dalam “Why Her?” di mana drama itu sama hari tayangan dengan “Doctor Lawyer”. Dalam drama itu juga, lelaki tersebut memainkan watak seorang presiden yang sentiasa bermain rasuah bagi mencapai kemahuannya.

im soohyang

Bukan itu sahaja, Im Soo-hyang turut dinamakan antara pelakon yang memainkan watak berselisih iaitu sebagai pendakwa raya Geum Seok-young dalam “Doctor Lawyer” dan pembantu penulis Oh Woo-ri dalam “Woori The Virgin” kini.

Dalam pada itu, Heo Sung-tae juga muncul dalam dua drama berbeza kini iaitu Cho Won-pyo dalam “Bloody Heart” dan Yoon Byung-wook dalam “Insider”. Meskipun mempunyai latar belakang yang berlainan namun kedua watak itu memiliki kuasa dan pengaruh yang tinggi.

heo sungtae

Selain itu, Jeon Kook-hwan yang berlakon dalam “Again My Life” sebelum ini turut muncul sebagai Han Po-ro menerusi drama pembalasan dendam “Eve” kini.

Rata-rata penonton meluahkan perasaan bahawa hanya wajah yang sama terus menghiasi kaca televisyen sehingga membuatkan ramai yang keliru. Malah dengan watak yang sama sahaja, mereka menghalan peluang untuk orang baru memenuhi watak sedemikian.

Apa kata anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...