Ikuti Kami:

“‘True Beauty’ Berharga Buat Saya” – Watak Han Seojun Disayangi Ramai, Hwang Inyeop Tulis Surat Buat Peminat

“‘True Beauty’ Berharga Buat Saya” – Watak Han Seojun Disayangi Ramai, Hwang Inyeop Tulis Surat Buat Peminat

Menempa populariti ‘kencang’ dek watak Han Seo-jun dalam drama “True Beauty”, pelakon Hwang In-yeop telah menulis surat istimewa untuk peminat yang menyokongnya.

Hello! Ini adalah pelakon Hwang In-yeop.

Ini adalah kali pertama saya menulis surat buat peminat, jadi saya berasa sedikit gementar.

‘True Beauty’ akan sentiasa diingati sebagai drama yang berharga buat saya. Saya sangat bersyukut dan gembira dapat memainkan watak yang baik dan hebat bernama Han Seo-jun.

Sebab utama drama ini sangat bermakna buat saya ialah kerana saya dapat berjumpa dengan peminat yang menyokong saya.

Terima kasih kerana memberikan sokongan dan cinta yang banyak semasa penggambaran sehingga ke akhir siaran ‘True Beauty’. Saya terfikir sama ada saya layak untuk menerima kasih sayang yang banyak seperti ini, tapi saya berjaya menamatkan penggambaran tanpa berasa letih kerana para peminat yang sentiasa menyokong saya.

Sedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ‘True Beauty’ dan Han Seo-jun tapi saya harap ia akan kekal sebagai drama yang ‘cantik’ dalam hati di maan anda boleh keluarkannya apabila berasa rindu dan mahu melihatnya.

Saya akan berusaha untuk menyapa anda dengan imej yang lebih baik lagi pada masa hadapan, jadi tolong perhatikan saya dan jika anda menunggu saya untuk beberapa waktu lagi, saya akan kembali dengan sisi yang lain.

Sekali lagi, terima kasih kerana menyokong saya.

Pastikan anda menyarungkan pelitup muka sehingga COVID-19 lenyap. Cuaca juga sangat sejuk. Tolong jaga kesihatan anda supaya tidak selsema dan saya berharap anda akan ditemani dengan kegembiraan dan perkara baik sahaja, di mana pun anda berada.

Saya berterima kasih kerana anda memerhatikan saya dengan baik selain menyayangi saya. Saya sayang awak.

hwang inyeop

Comelnya Hwang In-yeop!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...