Ikuti Kami:

Trio Wanita Drama ‘Search: WWW’ Buat Reunion Kecil, Peminat Mahukan Musim Kedua!

Trio Wanita Drama ‘Search: WWW’ Buat Reunion Kecil, Peminat Mahukan Musim Kedua!

Ada ke antara anda yang pernah menonton drama “Search: WWW” yang pernah ditayangkan pada pertengahan tahun ini? Naskhah ini mendapat perhatian ramai kerana isinya memberi fokus kepada kuasa wanita yang terlibat dalam dunia perniagaan. Tak kurang juga kerana kehebatan lakonan teraju utamanya iaitu Im Soojung, Lee Dahee dan Jin Hyejin yang tiada kekurangan langsung!

Sinopsis

pelakon search: www

Drama ini membawa kisah Bae Taemi (Im Soojung) yang bekerja sebagai pengarah di sebuah syarikat laman portal yang gah. Dia berada pada lewat usia 30-an dan agak kuat bersaing. Dengan sikapnya yang sebegitu, dia sangat sukakan nikmat kejayaan. Namun begitu, dia mula tertanya-tanya sama ada cara untuk mendapatkan kejayaan itu adalah benar dalam hidupnya. Adakah dia telah menjejaskan kehidupan peribadinya kerana terlampau mengejar kejayaan?

Park Mogun (Jang Kiyoung) pula ialah lelaki berusia 20-an dan merupakan seorang komposer berbakat. Dia menjalani hari-harinya mencipta muzik untuk permainan video. Melihatkan daya saing Bae Taemi semasa di arked telah membuatkan lelaki muda itu jatuh cinta padanya.

search: www

Walaupun sudah tamat tayangan pada Julai lepas tetapi masih ramai peminat drama “Search: WWW” ini yang rindukan trio ini. Seperti mengetahui sahaja tentang hati penonton, ketiga-tiga pelakon ini telah memuat naik beberapa keping gambar semasa reunion kecil mereka kelmarin.

pelakon search:www buat reunion pelakon search:www buat reunion

Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja melihatkan mereka meluangkan masa bersama. Tak kurang juga yang meminta agar ada musim kedua untuk drama tersebut. Mereka juga memuji keutuhan hubungan sahabat mereka yang masih kekal meskipun drama “Search: WWW” sudah lama tamat tayangan.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...