Ikuti Kami:

TREASURE Bakal Adakan Konsert Buat Kali Pertama Sejak Debut Pada April Ini

TREASURE Bakal Adakan Konsert Buat Kali Pertama Sejak Debut Pada April Ini

Berita gembira buat peminat TREASURE!

Pada 7 Februari, YG Entertainment mengumumkan bahawa TREASURE akan mengadakan konsert pertama mereka sejak debut, pada April ini di Dewan Olimpik Seoul. Memandangkan ini adalah konsert pertama mereka sejak debut, mereka akan menerima sokongan penuh YG Entertainment untuk mencipta pentas terbaik buat peminat.

Kumpulan itu merancang untuk menunjukkan pelbagai persembahan berbeza termasuk lagu tajuk album baharu mereka “JIKJIN”, serta persembahan lagu b-side dan kumpulan unit yang belum pernah dilihat sebelum ini. Walaupun tiada maklumat khusus lain telah dikeluarkan, mereka dijangka bakal menunjukkan lebih banyak bakat dan persembahan yang dipertingkatkan.

Tambahan, konsert ini akan diadakan secara di dalam dan luar talian. Tiket dalam talian boleh dibeli melalui Weverse Shop bermula pada 25 Februari. Tiket luar talian boleh dibeli melalui laman web secara ‘Lelong’ dan hanya ahli keahlian ‘Treasure Maker’ akan diberi peluang untuk membuat pra-pesanan bermula pada 17 Februari jam 7 malam hingga 18 Februari. Tiket am akan tersedia pada 24 Februari bermula jam 7 malam.

Jangan lupa tau cepat-cepat beli tiket!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...