Nampaknya akan ada tayangan drama yang terganggu bersempena acara Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang bakal berlangsung nanti.
Menurut laporan, “Tracer” dan “Through The Darkness” akan membatalkan tayangan selama 3 minggu bermula 4 Februari, tarikh yang sama dengan pelancaran acara sukan itu.
“Tracer” akan menayangkan episod 7 dan 8 pada 28 dan 29 Januari manakala “Through The Darkness” pula akan menayangkan episod 5 dna 6 pada tarikh yang sama. Sepanjang penangguhan itu, pelbagai acara berkaitan Olimpik yang akan ditayangkan bagi menggantikan slot berkenaan.
Dalam pada itu, “Moonshine” juga akan membatalkan tayangan pada 31 Januari dan 1 Februari bagi memeri laluan buat tayangan khas sempena sambutan cuti Tahun Baru Lunar.
Ketiga-tiga drama itu turut akan dibatalkan tayangan di platform Wavve kerana ianya yang ditayangkan sekaligus dengan televisyen.
Bertabahlah semua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.