Ikuti Kami:

Top 10 Filem Terbaik Dalam Box Office Domestik Korea Bagi 2021

Top 10 Filem Terbaik Dalam Box Office Domestik Korea Bagi 2021

Top 10 filem terbaik dalam Box Office domestik Korea bagi tahun 2021 telah pun diumumkan!

Setiap tahun, filem yang menarik 10 juta penonton filem di pawagam Korea akan dikeluarkan.

Namun, dalam menghadapi COVID-19 yang berterusan, industri perfileman pun tidak dapat mengekalkan rentaknya. Pada tahun 2021, iaitu tahun kedua pandemik, karya yang boleh dipanggil ‘filem hit’ hanya berjaya mendapat 2 juta penonton di pawagam Korea.

filem korea escape from mogadishu, sinkhole

Antara filem Korea yang dikeluarkan tahun ini, “Escape from Mogadishu” telah mendapat 3.61 juta penonton wayang di Korea. “Escape from Mogadishu” mengisahkan tentang rancangan melarikan diri berbahaya bagi duta Korea Utara dan Selatan semasa Perang Saudara Somalia pada tahun 1991. Ia pada asalnya dijadualkan dikeluarkan tahun lepas, tetapi disebabkan COVID-19, ia telah dikeluarkan pada musim panas tahun ini.

Filem “Sinkhole” lakonan Cha Seung-won, Lee Kwang-soo, dan Kim Sung-kyun berada di tempat kedua, dengan tontonan sebanyak 2.2 juta. Filem itu bermula apabila rumah seorang lelaki, yang mengambil masa 11 tahun untuk mendapatkannya, jatuh ke dalam lubang benam hanya dalam satu minit, disebabkan hujan yang sangat lebat. Demi menyelamatkan orang yang berada di dalam lubang benam tersebut, mereka perlu bertindak pantas.

filem korea hostage, on the line, hard hit

Tempat ketiga ialah filem “Hostage: Missing Celebrity”, yang menjadi saingan bersama filem “Escape from Mogadishu” dan “Sinkhole” yang turut disiarkan pada musim panas. Ia telah meraih lebih daripada 1.63 juta orang penonton. Filem ini mengenai Hwang Jung-min, yang telah diculik tanpa saksi atau sebarang kesan pada suatu pagi yang cerah. Pelakon baru seperti Ryu Kyung-soo dan Lee Yu-bi turut mendapat perhatian dalam filem ini kerana lakonan mantap mereka.

“On the Line” dan “Hard Hit” berada di No. 4 dan No. 5, masing-masing menarik 1.42 juta dan 950,000 penonton wayang. “On the Line”, yang dikeluarkan semasa musim Chuseok, ialah filem jenayah tentang pancingan data suara. Byun Yo-han dan Kim Mu-yeol membintangi filem itu. “Hard Hit” pula membawa kisah pengurus cawangan bank yang menghadapi krisis apabila dia menerima panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali, berkata, “Sebaik sahaja anda turun dari kereta, bom akan meletup”. Jo Woo-jin memainkan peranan utama pertamanya dalam filem tersebut.

filem korea the medium, miracle: letters to president

“The Medium”, filem seram pertama yang menyertai box office pada musim panas, berjaya menarik perhatian dan memperoleh lebih 830,000 penonton, menduduki tempat keenam dalam carta. “Miracle: Letters to the President”, lakonan Yoon-A SNSD dan Park Jung-min, juga dikeluarkan pada musim Chuseok, menduduki tempat ketujuh, dengan penonton sebanyak 710,000.

filem korea spiritwalker, nothing serious, perhaps love

Antara tiga filem Korea yang dikeluarkan pada bulan yang sama iaitu November, “Spiritwalker”, menarik lebih 800,000 penonton, mencapai hasil terbaik. Filem komedi romantik Son Seok-koo dan Jeon Jong-seo “Nothing Serious”, yang menceritakan tentang seorang perempuan yang telah dicurangi oleh pasangannya dan berhasrat untuk tidak akan bercinta lagi, telah memperoleh 590,000 penonton, manakala filem komedi Ryu Seung-ryong, “Perhaps Love” menarik 510,000 penonton wayang di Korea.

Filem mana yang korang dah tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...