Ikuti Kami:

Tonton K-Drama ‘The Cursed’ & ‘Black Dog’ Di Netflix Nanti

Tonton K-Drama ‘The Cursed’ & ‘Black Dog’ Di Netflix Nanti

Nampaknya Netflix bakal menayangkan banyak lagi drama Korea lama buat pelanggan setianya.

Antara daripadanya ialah dua drama yang menjadi kegemaran ramai semasa ia ditayangkan di Korea.

The Cursed

netflix the cursed

Pelakon: Um Ji-won, Jung Ji-so dan Sing Dong-il

Tarikh tayangan: 18 Mac 2022

Naskhah ini membawa kisah Jin-hee iaitu seorang wartawan yang cuba membongkarkan rahsia syarikat IT ‘Forest’ yang bertuhankan syaitan bagi mencapai kejayaan dan mengambil nyawa orang yang tidak berdosa. Wanita ini dibantu oleh seorang remaja bernama So-jin yang mempunyai kuasa luar biasa dan mampu melawan kuasa jahat yang memegang syarikat tersebut.

Black Dog

netflix black dog

Pelakon: Seo Hyun-jin, Ra Mi-ran dan Ha Joon

Tarikh tayangan: 5 April 2022

Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita muda yang dapat menjadi guru ganti untuk jangka masa pendek dan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan impian pelajarnya tercapai. Naskhah ini membawa penonton menelusuri kisah disebalik tabir seorang guru selain menonjolkan kehidupan masyarakat daripada sudut pandang institusi persekolahan.

Jangan lupa saksikan nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...