Ikuti Kami:

Tonjol Bakat Selain Menyanyi & Menari, Ini 10 Drama Lakonan Idola K-Pop Wajib Ditonton

Tonjol Bakat Selain Menyanyi & Menari, Ini 10 Drama Lakonan Idola K-Pop Wajib Ditonton

Kalau dah namanya idola K-Pop, kita memang tak boleh nafikan lagi kebolehan dan bakat mereka dalam nyanyian dan tarian.  Tapi, ada juga dalam kalangan idola K-Pop yang sebenarnya punyai bakat dari segi lakonan!

Aura idola-idola ini pasti lebih mampu menarik perhatian peminat jika mereka mula memasuki bidang lakonan. Rupa-rupanya banyak drama atau filem lakonan je K-Pop yang sehingga kini masih menjadi sebutan dalam industri tau! Jom kita tengok drama atau filem mana yang ‘worth to watch’!

1.IU

Filem “Broker” lakonan IU merupakan antara filem yang korang wajib tonton! Filem yang mengisahkan mengenai sebuah kotak bayi yang membolehkan bayi di dalamnya itu, dijaga oleh sesiapa sahaja. Macam menarik kan? Kalau korang nak tahu, filem ini juga tercalon dalam anugerah Cannes Film Festival tau! Jadi, korang pergi tengok sekarang okay!

2. D.O EXO

Terus dan terus berjaya meraih perhatian dalam dunia lakonan, maknanya bakat lakonan D.O terserlah! Filem “My Annoying Brother” yang menggandingkan D.O bersama Jo Jung-suk ini, membawa genre komedi. Mengisahkan mengenai Doo-young (D.O) yang kehilangan penglihatannya secara kekal sewaktu pertandingan judo. Watak yang D.O bawa kali ini dilihat sangat mencabar kerana perlu menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang kehilangan keupayaan melihat. Untuk yang belum tengok filem ini, korang wajib tengok!

3. Taec-yeon 2PM

Watak baik boleh, watak antagonis pun boleh! Taec-yeon kini amat dikenali dalam kalangan produksi dan juga para pelakon hebat.

Bukan senang nak bawa watak sebagai seorang yang ‘psycho’ kan? Watak Taec-yeon dalam siri Netflix, “Vincenzo” sebagai Jang Jun-woo, iaitu pewaris bagi syarikat, Babel. Kali ini, lakonan Taec-yeon amat dipuji kerana ekspresi wajah dan personalitinya perlu berubah setiap masa dalam siri ini. Bagi yang belum tengok macam mana Taec-yeon jadi ‘psycho’, korang kena layan sekarang!

4. Park Hyung-sik ZE:A

Selalu digandingkan dengan pelakon wanita hebat, Park Hyung-sik juga merupakan antara ‘hero’ K-Drama kegemaran ramai. Bagi yang belum tengok drama “Nine: 9 Times Time Travel”, korang kena tengok sekarang!

Drama yang bergenre misteri ini, mengisahkan mengenai watak Park Sun-woo (Lee Jin-wook) yang mengembara dalam jangka masa yang berlainan demi untuk mengubah apa jua tragedi yang menimpa orang tersayang. Park Hyung-sik membawa watak sebagai Park Sun-woo dalam jangka masa 90-an. Kalau korang nak tahu kesudahan drama ini, pergi tengok sekarang!

5. Eunji APINK

Rupa cantik, suara sedap, pandai menari… Semua boleh lah Eun-ji ni! Menerusi drama “Reply 1997”, lakonan Eun-ji sememangnya layak dipuji. Bergandingan dengan Seo In-guk, Eun-ji membawa watak sebagai Shi-won yang sangat meminati ‘boyband’ H.O.T.

Drama ini turut berjaya melonjakkan nama Eun-ji, malah dia turut memenangi anugerah “Best New Actress” tau! Rugi kalau korang tak cuba tengok!

6. Lee Jun-ho 2PM

Mula memberi imej yang baik menerusi “Wok Of Love”, Lee Jun-ho terus mengorak langkah dalam industri lakonan. Korang kena cuba tengok lakonan Lee Jun-ho dalam “Homme Fatale”. Kali ini, watak yang dibawanya nyata berbeza kerana watak Huh Saek merupakan seorang putera zaman Joseon yang kelakar! Bukan selalu boleh tengok Lee Jun-ho buat lawak kan?

7. Irene RED VELVET

Hm.. bila lagi Irene nak berlakon ni.. Buat korang yang tak tahu, Irene sebelum ini pernah membintangi drama “Double Patty” yang mengisahkan mengenai Lee Hyun-ji dan juga Kang Woo-ram (Shin Seung-ho) yang menghadapi cabaran dalam menggapai impian.

Irene membawa watak sebagai seorang pelayan di sebuah gerai makanan dan lakonannya menerusi drama itu, sangat mengagumkan! Bukan selalu tengok idola jadi ‘waitress’ kan?

https://www.youtube.com/watch?v=-fHxvuK0sUg

8. Jung Jin-young B1A4

Lama tak dengar pasal Jung Jin-young kan? Ha, supaya korang tak lupa siapa idola dari kumpulan B1A4 ini, korang wajib tengok drama lakonannya!

Memegang watak sebagai Dong Hyu dalam “The Dude In Me”, yang merupakan seorang pelajar dan terlibat dalam kemalangan jalan raya lalu koma, bersama Pan Soo (Park Sung-woong). Sewaktu mereka berdua koma, roh Pan Soo memasuki jasad Dong Hyu dan membantunya untuk menjadi lebih berani apabila berhadapan dengan kaki buli. Wah… main tukar jasad eh! Korang jangan lupa tengok!

9. Miyeon (G)I-DLE

Waw, Mi-yeon berlakon eh! Memegang watak sebagai Yoo Ha-young, dalam drama “Replay”,yang merupakan seorang vokalis bagi satu kumpulan nyanyian di satu sekolah. Ha-young dan kumpulan nyanyiannya cuba mengorak langkah ke industri muzik yang sebenar. Mampu ke tak dorang jadi kumpulan penyanyi? Kalau korang nak tahu, korang kena tengok “Replay” okay!

https://www.youtube.com/watch?v=JbxqnUoj8Qw

10. Yoona GIRLS’ GENERATION

Korang mesti dah banyak ‘keep up’ dengan drama lakonan Yoona Girls’ Generation kan? Tapi, korang wajib tengok satu drama lakonan Yoona waktu dia masih rookie dulu! Drama “Love Rain” yang mengisahkan mengenai dua pelajar dari Universiti Keimyung di Dae-gu.

Yoona memegang watak sebagai Jung Ha-na dan bergandingan bersama Jang Keun-seuk yang memegang watak sebagai Seo Joon. Drama ini memang boleh buat jiwa korang meruntun…

Jangan lupa kongsi dengan kami, drama lakonan idola mana lagi yang best tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...