Ikuti Kami:

“Tolonglah Tukar..” – Penampilan Yoona Di Majlis Anugerah Dikritik Teruk Peminat, Tapi Kenapa?

“Tolonglah Tukar..” – Penampilan Yoona Di Majlis Anugerah Dikritik Teruk Peminat, Tapi Kenapa?

Kalau cakap tentang selebriti wanita Korea paling cantik, nama Yoon-a SNSD pastinya tidak akan terkecuali.

Baru-baru ini, Yoon-a telah menjadi tumpuan ramai ketika penampilannya di 44th Blue Dragon Film Awards sebagai penyampai anugerah, bersama Park Hae-il.

Meskipun teruja melihat kemunculan pelakon wanita itu malangnya, peminat berasa kecewa dengan rambut dan soleknya untuk acara tersebut.

Khususnya, Yoon-a tampil dengan memakai gaun merah jambu dan rambutnya yang disisir ke belakang.

Kemudian di Instagram, wanita itu telah memuat naik fotonya dari acara tersebut dan menerusi ruangan komen, ramai peminat menuntut agar Yoon-a menukar pasukan rambut dan solekannya secepat mungkin.

Hal ini kerana, ada yang menganggap bahawa gaya yang dikenakan Yoon-a membuatkannya tidak bersinar dan kurang menyerlah.

Antara komen yang ditulis,

Rambut, solekan, dan pakaian semuanya kurang menggembirakan. Sebagai peminatnya, kami faham bahawa Yoon-a telah lama bersama pasukannya sekarang, jadi dia telah menjadi rapat dengan mereka dan cukup mempercayai mereka untuk terus bekerjasama dengan mereka. Tetapi kami mula berfikir bahawa pasukan itu mensabotaj Yoon-a.

 

Setiap kali Yoon-a mempunyai aktiviti, kami risau tentang gaya yang akan dikenakannya. Kami dah bosan dan asyik kecewa.

 

Nasihat yang sesuai adalah, sila tukar stylist dia.

 

Nasib baik dia Yoon-a, baju apa yang dia pakai mesti nampak cantik.

Hmm apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...