Ikuti Kami:

“Tolonglah Bercinta” – Penonton Mahu Miseon & Euncheol Bahagia Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

“Tolonglah Bercinta” – Penonton Mahu Miseon & Euncheol Bahagia Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

Melihatkan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) dan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) yang sudah mengakui perasaan cinta mereka, penonton bagaimanapun masih ada lagi sesuatu yang membuatkan mereka terasa berat.

Selain daripada kedua watak utama itu, ramai sebenarnya yang turut memberi fokus kepada hubungan ‘complicated’ dia antara Pyo Mi-seon (Gong Min-jung) dan Eun-cheol (Kang Hyung-suk).

Mengakui bahawa dia merupakan seorang yang mudah jatuh cinta, Mi-seon cuba menjauhkan diri daripada pegawai polis itu memandangkan lelaki itu yang konservatif dan tidak mahu memulakan perhubungan secara terburu-buru.miseon euncheol hometown cha cha chaDisebabkan oleh sikap pegawai polis berkenaan yang prihatin dan sanggup menemani Mi-seon hingga ke Seoul ketika ibu wanita itu menjalani pembedahan membuatkan rasa cinta tersebut semakin kuat. Tambahan pula, bekas teman lelaki yang langsung tidak mahu berjumpa dengan ibu bapanya kerana risau dipaksa berkahwin.

Sesi luahan perasaan rakan baik Hye-jin yang berjanji akan menjaga batasnya selepas ini dan berharap agar Eun-cheol supaya melayannya seperti penduduk lain membuatkan penonton patah hati.miseon euncheol hometown cha cha chaLihat sahaja luahan penonton ini:

Siapa sahaja yang layan penduduk biasa sampai bawa ke Seoul dan menemani mereka??

 

Kenapa saya rasa Eun-cheol seperti mahu meluahkan perasaannya dalam babak ini?

 

Suka tengok Mi-seon dan Eun-cheol.

 

Saya percaya mereka akan bercinta, tolonglah penulis.

 

Lakonan Mi-seon nampak ‘real’ sangat.

 

Saya tengok drama ini sebabkan pasangan ini.

 

Mi-seon.. kan Eun-cheol mahu mengatakan sesuatu. Kenapa tak dengar dahulu sebelum pergi..

 

Eun-cheol kenapa awak tak cakap apa-apa?!

 

Pandai betul Mi-seon berlakon.

 

Mesti Eun-cheol akan jadi tak tentu arah selepas ini.

Semoga mereka akan bersama nanti, kalau tak memang semua marah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...