Ikuti Kami:

“Tolong Percaya Saya” – Popular Dek ‘Princess Hours’, Peminat Terkejut Lihat Keadaan Pelakon Ini Kini

“Tolong Percaya Saya” – Popular Dek ‘Princess Hours’, Peminat Terkejut Lihat Keadaan Pelakon Ini Kini

Penyanyi Kim Jung-hoon yang sedang disiasat atas tuduhan terlibat dalam kemalangan selepas memandu dalam keadaan mabuk, telah mendedahkan perasaannya secara langsung.

Kim Jung-hoon dilihat telah meneruskan persembahan konsert ulang tahun ‘Alive’ di Osaka, Jepun pada 19 Februari dan di Tokyo pada 20 Februari, walaupun dia telah ditahan atas tuduhan menolak ujian alkohol pada 7 Februari di bawah undang-undang trafik jalan raya.

Kim Jung-hoon sempat menyatakan perasaannya secara jujur ketika berjumpa dengan peminat di Jepun. Katanya,

Ibu membawa makanan ke rumah kerana hari lahir. Selepas memanaskan sup rumpai laut, dia memberi satu kata-kata ‘sila berhati-hati lagi’ yang membuat saya berfikir tentang hidup saya. Walaupun ada banyak orang yang menyokong saya, saya perlu merenung kesilapan saya.

kim junghoon

Akuinya, dia tidak mahu bercakap kosong dengan mengatakan dia akan berusaha kerasa untuk tidak melakukan kesilapan,

Tetapi sila percayakan saya. Saya juga perlu dipercayai oleh semua orang. Saya sangat-sangat memohon maaf.

Sebelum ini, Kim Jung-hoon turut pernah terlibat dengan kes yang sama pada 2011 hingga menyebabkan lesen memandunya ditarik. Dek beberapa kes ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa kehidupan lelaki itu berubah 180 darjah kini sedangkan dia sangat popular satu ketika dahulu selepas membintangi “Princess Hours”.

Tsk tsk..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...