Lumrah menjadi seorang selebriti, kadangkala mesti ada peminat yang melampaui batas.
Bagi yang belum tahu, peminat fanatik yang disebut sebagai peminat ‘sasaeng’ seringkali terlibat dalam tingkah laku yang mencerobohi privasi selebriti, khususnya idola Korea, pelakon drama atau tokoh awam. Ia adalah isu yang berterusan dalam industri hiburan Korea Selatan.
Terbaru, penyanyi rap dan bintang program realiti “2 Days 1 Night” DinDin, nampaknya telah menjadi mangsa seterusnya peminat fanatik ini. Pada 26 Mac, DinDin telah membuat satu kenyataan di Instagram Story, dengan menulis,
Ada orang yang datang ke tempat kediaman dan studio saya dengan agak kerap… Tolong, jangan buat begitu. Saya rasa jantung saya berdebar-debar. Saya minta awak. Tolong.
Meskipun ramai pihak dalam industri telah mengambil tindakan undang-undang untuk menentang tingkah laku ini namun, masih ada sesetengah peminat yang masih tetap mencuba untuk mengganggu privasi artis walaupun sudah jelas, ianya merupakan satu perbuatan jenayah.
Haihh…kesian DinDin tau.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.