Ikuti Kami:

“Tolong Hormat Privasi Dia” – Kawan Rapat Dedah Lisa BP ‘Struggle’ Untuk Jalani Kehidupan

“Tolong Hormat Privasi Dia” – Kawan Rapat Dedah Lisa BP ‘Struggle’ Untuk Jalani Kehidupan

Kesian pula dekat Lisa.

Baru-baru ini, kawan rapat Lisa BLACKPINK, Diana Flipo, ada menyebut dalam satu temu bual bersama laman media Thailand, tentang perjuangan idola wanita itu dan menasihati peminat untuk menghormati privasinya.

Kawannya yang juga merupakan seorang pelakon menyatakan bagaimana Lisa tidak pernah menjalani kehidupan seperti remaja biasa. Selain itu, Diana Flipo mendedahkan tentang perjalanan Lisa baru-baru ini ke Vietnam di mana, ahli BLACKPINK itu akhirnya dapat melakukan perkara yang ‘orang biasa’ lakukan.

kehidupan lisa blackpink

Dalam pada itu, Diana Flipo ada juga menasihati peminat untuk menghormati privasi Lisa.

Jika awak sayang dia, sila tunggu sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga dia meninggalkan tempat itu sebelum menghantar apa-apa posting. Ada ketika kami  nak keluar, kami melihat orang ramai di hadapan kedai dan ini menyukarkan dia untuk bergerak dengan aman.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan, meskipun ada yang tidak menghormati privasi Lisa di luar jadual kerja, masih ada lagi peminat lain yang sentiasa memberi privasi buatnya.

Biasalah peminat, mesti teruja bila jumpa artis kesayangan mereka..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...