Sekian lama menanti, akhirnya G-Dragon kembali kini!
Selepas meninggalkan YG Entertainment tahun lalu, ramai tertanya-tanya ke manakah lelaki itu akan bernaung kini atau pun dia memilih untuk membuka agensi sendiri.
Walau bagaimanapun, semua terjawab selepas lagu solo terbarunya ‘POWER’ diriliskan di bawah syarikat indie bernama ‘Empire’.
Apa yang mengagumkan, agensi kecil ini dimiliki oleh warga Palestin bernama Ghazi Sami yang acap kali berkongsi sokongan buat kemelut yang sedang berlaku di negaranya selain membuka dana untuk membantu mereka.
🤞🏼❤️🖤🤍💚 🇰🇷 https://t.co/Pj4VtOiiFc
— GHAZI (@ghazi) October 31, 2024
Pilihan G-Dragon ini nyata menjadi bualan ramai dek sokongan buat Palestin selain menolak pelbagai tawaran dari syarikat besar seperti Capitol Records dan Warner Music.
Cayalah G-Dragon!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.