Ikuti Kami:

Tolak Peranan Utama, Kang Haneul Hanya Bawa Watak Sampingan Dalam Drama Bersejarah ‘Cut By The Heart’

Tolak Peranan Utama, Kang Haneul Hanya Bawa Watak Sampingan Dalam Drama Bersejarah ‘Cut By The Heart’

Ingat tak khabar angin bahawa Kang Ha-neul dikhabarkan akan bawa watak utama dalam sebuah drama bersejarah “Pyeonggang, Cut By The Heart”? Nampak gayanya mungkin impian itu tidak akan kesampaian.

Difahamkan bahawa pelakon itu mempunyai jadual seni yang padat selain konflik penggambaran filem yang sedang berlangsung merupakan alasan utama dia menolak untuk menerajui drama tersebut bersama Son Ye-jin.

Pun begitu, tak lama selepas itu, laporan media lain melaporkan bahawa agensi Kang Ha-neul berjaya membuat perjanjian lain dengan pihak produksi drama tersebut. Walaupun pada awalnya dia ditawarkan untuk membawa peranan utama tetapi pelakon hebat itu hanya akan membawa watak sampingan iaitu ayah kepada On Dal, On Hyup. Karakter ini dikhabarkan merupakan kunci penting kepada permulaan drama ini.

kang haneul pyeonggang cut by the heart

Kalau anda nak tahu, drama “Cut By The Heart” iaitu sebuah drama bersejarah membawa kisah cinta tragik Puteri Pyeonggang yang menggunakan perasaan On Dal untuk kepentingan dirinya sendiri. Manakala lelaki itu pula sanggup melakukan pengorbanan yang tidak berbaloi itu demi wanita dicintainya.

“Pyeonggang, Cut By The Heart” akan memulakan tayangan pada tahun 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...