Nampaknya “Show Window” terus popular dalam kalangan peminat K-Drama!
Menunjukkan prestasi yang baik pada saban episod, drama ini berjaya meraih rating tinggi dalam episod terbarunya iaitu 8.366% sekaligus memecahkan rekod peribadinya. Malah ia merupakan rekod terbaik yang pernah diraih oleh drama di Channel A setakat ini. Sebelum ini, rekod berkenaan dipegang oleh “Lie After Lie” dengan catatan 8.203%.
[Amaran SPOILER]
Dalam episod terbaru ini, Yoon Mi-ra (Jun So-min) dan Han Sun-joo (Song Yoon-ah) terus bertelagah bagi menunjukkan siapa yang berkuasa dan keduanya langsung tidak berganjak selagi salah seorang daripada mereka menang. Walaubagaimanapun semuanya berubaha apabila kedua mereka memilih untuk bekerjasama selepas mengetahui mengenai kejahatan Shin Myung-seob (Lee Sung-jae) dan percubaaan dia untuk membunuh Yoon Mi-ra.
Untuk pengetahuan, “Show Window” ialah drama melodrama misteri mengenai seorang wanita yang menyokong seorang wanita lain tanpa mengetahui bahawa dia ialah perempuan simpanan suaminya.
Berdebar ya tonton drama ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.