Ikuti Kami:

Tolak Ketepi Hyunbin & Son Yejin, Penonton Mahu Pasangan ‘Seung-Dan’ Bahagia Dalam ‘Crash Landing On You’!

Tolak Ketepi Hyunbin & Son Yejin, Penonton Mahu Pasangan ‘Seung-Dan’ Bahagia Dalam ‘Crash Landing On You’!

Tak dapat disangkal bahawa drama “Crash Landing On You” merupakan naskhah yang menjadi sebutan ramai sekarang! Ratingnya yang mencanak naik pada saban minggu membuktikan bahawa semakin ramai penonton sudah mula jatuh cinta dengan cerita romantik ini.

Rasanya ramai yang setia menantikan setiap episod drama ini adalah kerana keserasian di antara gandingan pasangan utamanya iaitu Hyunbin dan Son Yejin. Kisah cinta mereka yang penuh liku kerana masalah perbezaan latar belakang membuatkan semua penonton turut sama bersedih dengan mereka.

crash landing on you

Walaupun watak Ri Junghyuk dan Seri merupakan bintang utama “Crash Landing On You” tetapi pasangan keduanya juga boleh tahan hebat! Dengar cerita ada yang lebih tertarik dengan padanan di antara watak Goo Seungjun lakonan Kim Junghyun dan Seo Dan yang dimainkan oleh Seo Jihye.

Bagi yang tidak tahu, Seungjun merupakan anak orang kaya dan merupakan lelaki yang diaturkan perkahwinannya dengan Seri. Pun begitu, dia dalam diam telah menggelapkan wang di syarikat ayah Seri dan melarikan diri ke Korea Utara. Manakala Seo Dan pula ialah wanita yang berasal daripada keluarga kaya Korea Utara dan bakal dinikahkan dengan Ri Junghyuk atas perjanjian keluarga. Meskipun diatur, wanita cantik itu tidak membantahnya kerana dia sebenarnya sudah menyukai lelaki itu sejak daripada zaman persekolahan lagi, malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Apabila Seungjun terpandang Seo Dan buat pertama kalinya, dia sudah jatuh cinta dengan kecantikan wanita itu. Dalam usaha merapatkan diri, dia turut terjerumus sekali dengan kancah cinta tidak berbalas wanita itu terhadap Ri Junghyuk. Dia juga sentiasa berada di sisi Seo Dan bagi memujuk hatinya apabila dia kecewa kerana cintanya yang gagal.

kim junghyun dan seo dan dalam crash landing on you

Rata-rata penonton turut terpersona dengan lakonan menjadi di antara watak Seungjun dan juga Seo Dan. Mereka juga mula mengenali nama Kim Junghyun dan Seo Jihye sebagai antara pelakon yang berbakat besar. Tak kurang juga ada yang mengharapkan kesudahan bahagia di antara pasangan itu dalam “Crash Landing On You”.

“Junghyun~~ Awak sangat tampan ♡♡♡ Macam mana awak boleh berlakon bagus macam ini? Tolonglah selalu keluar di kaca televisyen.”

“Hebat bermain dengan pandangan. Macam ada madu (manis) dalam mata~~”

“Walaupun Ri Junghyuk juga hebat tetapi marilah kita ke kumpulan Goo Seungjoon~”

“Goo Seungjoon walaupun baru pertama kali lihat awak, awak sangat mempersonakan!”

“Saya sangat berharap agar pasangan ini berjaya pada akhirnya.”

“Mereka sangat padan, harap mereka berjaya nanti.”

“Saya sokong pasangan ini!”

kim junghyun dan seo dan dalam crash landing on you

Nampaknya ramai juga yang sebenarnya menyokong pasangan ‘Seung-Dan Couple’ dalam senyap. Tak pelik pun sebab lihatlah betapa padannya visual di antara Kim Junghyun dan Seo Jihye. Macam merpati dua sejoli!

Sumber: Sports Donga, Hankook Kyungje TV

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...