Baru-baru ini, seorang wanita Korea berusia 30-an telah ditahan polis atas dakwaan membunuh dua anaknya.
Menurut laporan media Korea pada 21 Jun, dua bayi yang baru lahir telah ditemui mati di dalam peti sejuk rumah milik seorang wanita, yang tinggal di sebuah bandar di selatan Seoul.
Untuk pengetahuan, anak-anak itu telah lahir pada November 2018 dan 2019 dan ibunya sendiri disyaki membunuh kedua-dua mereka tidak lama selepas melahirkan, dipercayai sebab masalah kesempitan wang.
Semasa proses siasatan, wanita itu turut mendedahkan bahawa dia telah berbohong kepada suaminya dengan menyatakan,
Saya berbohong kepada suami saya dan memberitahunya saya telah menggugurkan kandungan.

Gambar hanya sekadar hiasan
Menerusi siasatan dengan si suami, lelaki itu mengaku,
Saya tahu isteri saya mengandung, tetapi saya tidak tahu dia telah membunuh bayi-bayi itu. Saya mempercayainya apabila dia memberitahu saya dia telah menggugurkan kandungan.
Saya minta maaf kerana tidak dapat melindungi bayi-bayi saya. Saya syak ada sesuatu yang tidak kena apabila polis melakukan siasatan dengan isteri saya, tetapi saya tak fikir bahawa dia akan melakukan perkara sebegitu. Saya minta maaf kepada bayi-bayi itu.
Kini, polis sedang menahan wanita itu sebagai tangkapan kecemasan, sementara pendakwa raya melakukan siasatan lanjut sebelum proses memfailkan waran.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉