Agak-agaknya siapakah wanita bertuah yang dapat rebut hati G-Dragon kan?
Baru-baru ini, G-Dragon telah muncul sebagai tetamu dalam program “Sana’s Fridge Interview”, yang dihoskan oleh Sana TWICE.
Ketika sedang berborak, lelaki itu juga sempat berkongsi ciri wanita idamannya yang ingin diketahui ramai. Luahnya,
Saya tertarik dengan seseorang yang membawa ‘vibe’ tertentu apabila saya melihat mereka. Ketinggian tak penting tetapi sebaliknya saya suka seseorang dengan postur yang elegan dan anggun. Paling penting, kami boleh ‘ngam’ bersama.
Kemudian mengenai majlis perkahwinan impiannya, G-Dragon berkongsi,
Mungkin kerana profesion saya, saya fikir nak mengadakannya seperti sebuah persembahan.
Semoga cepat sampai jodoh GD!